Masih tercari-cari lokasi makan yang menepati selera ? Apa kata kali ini admin bawa korang ke Warung Lejen yang terletak di Seksyen 27 Shah Alam untuk menikmati aneka makanan yang pastinya memberi kepuasan.
Nak tau apa makanan yang menarik dekat warung ni??
Antara menu yang begitu mendapat permintaan di Warung Lejen adalah Roti John Cheese Sekilo. Menu ini pernah tular di media sosial sebelum ini sehingga ia di cari-cari oleh peminat makanan untuk merasai keenakannya.
Bahkan pelancong dari Thailand, China, Indonesia serta Sabah dan Sarawak juga sanggup datang ke Warung Lejen semata-mata mahu merasai keenakan roti john tersebut.
Bagi penggemar makanan, selain Roti John Cheese Sekilo anda boleh merasai Mi Rebus Embah, Nasi Lemak Embah, Sandwich Bilis Embah, masakan panas ala carte – Nasi Goreng Ayam Dara, Nasi Goreng Udang 5 Beradik dan Mi Goreng Mamak Special.
Selain itu, western food seperti chicken poppers, spicy chicken chop dan double lamb grill antara yang sering mendapat permintaan.
Untuk penggemar makanan Cina, korang boleh merasai hidangan dim sum halal sama ada yang dikukus atau digoreng serta pau cendawan yang menjadi trend sekarang ini.
Kesemua hidangan ini ditawarkan pada harga berpatutan dan aspek kebersihan sangat-sangat ditekankan dalam setiap penyediaan.
So... bagi korang yang belum pernah datang ke sini, wajib singgah tau !! 👌