Assalamualaikum semua , hari ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang kafeteria hospital...
Di dalam kafeteria hospital ini makanan yang disajikan adalah makanan yang sihat dan harga yang tidak terlalu mahal kerana ianya dibawah sektor kerajaan iaitu hospital kerajaan. Saya telah membuat lawatan di Hospital Sungai Buloh.
Perkhidmatan di kafeteria ini sangat bagus dan sangat bersih sehingga mendapat gred A daripada Jabatan Kesihatan Malaysia . Kafeteria ini menyediakan makanan yang halal dan harga yang sangat berpatutan. Dari segi menu pula kafeteria ini menyediakan makanan daripada menu sarapan hingga menu makan malam. Ini dapat memudahkan pengunjung hospital yang ingin melawat pesakit di Hospital Sungai Buloh ini untuk mendapatkan makanan tidak kira pada bila-bila masa sekiranya berlaku kecemasan.
Bukan itu sahaja, di dalam senarai menu dan harga juga terdapat senarai jumlah kalori di dalam makanan yang disediakan.
Kesimpulannya adalah kafeteria hospital ini boleh diterima oleh orang ramai kerana kebersihan makanan terjamin, makanan yang disediakan tidak terlalu mahal dan makanan yang disediakan adalah dijamin halal.
No comments:
Post a Comment